Khilafah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khilafah (bahasa Arab: خلافة), adalah kepemimpinan, imamah, biasa juga disebut kekhalifahan. Ia merupakan satu bentuk pemerintahan Islam. Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan khalifah.
Menurut al-Quran segala sesuatu di Bumi ini termasuk daya dan kemampuan yang diperolehi seseorang hanyalah kurnia daripada Allah (swt). Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) supaya mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keridhaan-Nya.
Khalifah dianggap sebagai pewaris Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut Sunah Waljamaah, khalifah dilantik oleh rakyat atau wakilnya, sedangkah pengikut Syiahmenganggap hanya Ahlul Bait yang berhak menjadi khalifah.
Hadis Kembalinya Daulah Khilafah
Hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;
“ “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah] ”
Struktur Daulah Khilafah
Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 80 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat mengetahui struktur sebenarnya Daulah Islam. Berikut adalah sturktur sistem pemerintahan Islam yang akan bangkit kembali:- [1] [2]
1. Khalifah [3]
2. Mu’awin at-Tafwidh (Pembantu Pemerintahan) [4]
3. Mu’awin at-Tanfiz (Pembantu Pentadbiran) [5]
4. Al-Wulat (wali-wali) [6]
5. Amirul Jihad (Ketua Turus Angkatan Tentera) [7]
6. Jabatan Keamanan Dalam Negeri (Da'irah Al-Amni) [8]
7. Jabatan Luar Negeri (Da'irah Al-Kharajiyah) [9]
8. Jabatan Perindustrian (Da'irah As-Sina'ah) [10]
9. Jabatan Kehakiman (Al-Qadha') [11]
10. Jentera-jentera Pentadbiran (Al-Jihaz Al-Idariy) [12]
11. Baitul Mal [13]
12. Jabatan Penerangan Da'irah Al-I'lamiy [14]
13. Majlis Umat (Majlis Syura) [15]
Sejarah
Kekhilafahan al-Rasyidin
Kekhilafahan Bani Ummaiyyah
Kekhilafahan Bani Abbasiyyah
Kekhilafahan Turki Uthmaniyyah